Wanita Shalehah
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah
menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat
yang dirahmati Allah,
Dari
pada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya : Aku bertanya, "Ya Rasulullah,
manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?
Baginda
menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari
seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."
Aku
bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada
bidadari?"
Baginda
menjawab, "Kerana shalat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah.
Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera,
kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan,
sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas."
Mereka
berkata : "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak
jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami
reda dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang
memiliki kami dan kami memilikinya." (Hadis Riwayat ath-Tabrani) Subhanallah...alangkah
mulianya derajat seorang wanita shalehah! Sehingga dikatakan lebih baik
daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi motivasi bagi kita semua
dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga.
InsyaAllah.
Tapi,
bagaimana yang dikatakan wanita shalehah itu?
- Wanita shalehah seniasa mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada dirinya sendiri dan manusia seluruhnya.
- Wanita shalehah tidak suka perangai wanita jahiliyah yang suka berhibur dan berhias diri hingga menimbulkan fitnah dunia.
- Wanita shalehah tidak bermusafir melainkan bersama mahram atau suaminya. Kecuali dalam keadaan terpaksa dan berhati-hati menjaga keselamatan dirinya.
- Wanita shalehah sentiasa membantu dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa dan menjauhkan dirinya daripada membantu dalam bermaksiat kepada Allah S.W.T.
- Wanita shalehah sentiasa bersedekah dan infak di jalan Allah, sama aja dalam keadaan susah atau senang.
- Wanita shalehah sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, adik beradik dan kaum kerabatnya, tidak suka memutuskan silaturahim.
- Wanita shalehah sentiasa menjaga shalat fardu, puasa Ramadan, mentaati suaminya dan menjaga kehormatan diri.
- Wanita shalehah sentiasa menjaga hubungan baik dengan tetangga dan menghormati orang lain.
- Wanita shalehah bukanlah dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.
- Wanita shalehah bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya , tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
- Wanita shalehah bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya menyayi dan bernasyid, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan yang benar, tidak mengumpat, mengadu domba dan keluar kata-kata kesat.
- Wanita shalehah bukan dilihat dari keahliannya berbahasa dan berpidato, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah untuk menegakkan kebenaran.
Berdasarkan
ayat 31, surah An Nurr, Abdullah Ibn Abbas dan lain-lainnya berpendapat, "Seseorang
wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di
hadapan lelaki yang bukan mahram"(As Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al
Asas fit Tasir)
Firman
Allah S.W.T maksudnya : "Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik"(Surah al-Ahzab ayat 32)
Wanita
shalehah bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian yang berfesion dan
mahal-mahal tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan
kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Bertudung labuh dan berbaju kurung
tidak membenarkan bentuk tubuhnya di tonton oleh lelaki yang bukan mahram. Wanita shalehah bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan
tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.
Wanita
shalehah itu berhati lembut, menyenangkan dan menyejukkan bila dipandang mata
serta menenteramkan hati setiap pemiliknya. Dialah wanita solehah yang menjaga
kesucian dirinya. Allah telah menetapkan beberapa wanita mulia sebagai penghuni
surga dan penghulu (pemimpin) para bidadari.
Firman
Allah S.W.T. dalam surah ad-Dukhan ayat 51-54 maksudnya : "Sesungguhnya
orang-orang bertakwa berada di tempat yang aman. Di dalam taman-taman dan mata
air-mata air. Mereka memakai sutera halus dan sutera tebal (duduk)
berhadap-hadapan. Demikianlah dan Kami jodohkan mereka kepada bidadari-bidadari
bermata jeli".
Ingatlah
wahai lelaki mukmin! Orang yang terbaik dikalangan kalian adalah orang yang
berbuat baik kepada isterinya (wanita shalehah) dan memuliakan kaum wanita.
Nabi S.A.W mengatakan orang lelaki yang menghina wanita adalah orang yang tidak
tahu budi.
Rasulullah
SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik
akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud
dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik
terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap
keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan
orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Hadis
Riwayat Abu ‘Asakir).
Nabi
S.A.W. bersabda yang bermaksud " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik
perhiasan itu adalah wanita shalehah."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar